Saturday, May 22, 2010

Napoleon kecil jadi hantu PKR

Napoleon kecil jadi hantu PKR


http://shar101.files.wordpress.com/2007/11/wee-choo-keong-from-rockys-bru.jpg

MINGGUAN: Kenapa YB bersetuju untuk bertanding atas tiket PKR dalam pilihan raya lepas?

WEE CHOO KEONG: Pada masa itu saya mahu bertanding di bawah Parti Demokratik Malaysia (MDP). Namun sebelum itu ketika kes V.K Lingam, saya telah dipanggil untuk berjumpa dengan pemimpin-pemimpin PKR. Pada mulanya saya menolak namun mereka mendesak. Mereka mengajak saya supaya bersama dan melupakan apa yang telah berlaku. Dahulu saya agak kritikal terhadap orang tertentu. Saya diminta jangan bertanding di Bukit Bintang kerana akan memecah undi sedangkan saya telah faham selok belok kawasan itu dengan baik. Mereka meminta saya bertanding di Petaling Jaya Selatan tetapi masalahnya DAP enggan benarkan saya bertanding di sana kerana takut kalah. Pada pilihan raya 2004 mereka kalah dengan undi yang tipis. Kemudian mereka meminta saya bertanding di Wangsa Maju dan saya mahu bertanding di bawah bendera MDP. Tapi mereka mendesak jangan bertanding atas tiket MDP kerana akan menimbulkan kekeliruan. Akhirnya saya mengalah dan bertanding atas tiket PKR.

Kenapa YB tiba-tiba beralih arah?

WEE CHOO KEONG: Pada saya dalam hidup ada masanya untuk melakukan perubahan. Maka sebab itu saya bertanding atas tiket PKR dan menang. Sebelum pilihan raya bermacam-macam janji ditaburkan kepada saya namun tidak ditunai. Saya tidak kisah dan terus buat kerja macam biasa. Walaupun saya masih bukan ahli PKR, mereka panggil saya hadir mesyuarat dan menganggap saya sebagai ahli mereka. Mereka tetap berjanji akan memberi saya jawatan supaya saya dapat memainkan peranan dalam parti selain dipuji. Saya akhirnya menganggotai PKR pada Mei 2009. Selepas itu sedikit demi sedikit berlaku perubahan yang tidak seperti saya mahukan. Dan perubahan itu semakin hari semakin teruk.

Apa reaksi YB terhadap perubahan yang berlaku?

WEE CHOO KEONG: Saya tegur setiap perubahan dan kesilapan yang berlaku. Tetapi dalam hal ini peranan yang dimainkan oleh napoleon kecil lebih besar, Mereka berperanan sebagai trendy leftist. Mereka ini bukan ada prinsip seperti golongan berhaluan kiri. Sebaliknya mereka hanya leftist mengikut musim sahaja. Bukan seperti di Eropah atau negara lain di mana golongan berhaluan kiri mempunyai prinsip. Tetapi napoleon kecil di dalam PKR ini hanya bersifat bermusim. Di dalam parti mereka mahu menguasai semua baik hal pentadbiran dan sebagainya. Sebagai contoh dalam mesyuarat pihak napoleon kecil mempengerusikan mesyuarat dan memberi nasihat kepada Ahli Parlimen (MP) lain bagaimana untuk berkhidmat dan tingkah laku yang sewajarnya, sedangkan mereka baru sahaja menjadi Ahli Parlimen.

Saya sudah menjadi Ahli Parlimen sejak 1990. Selain itu dalam sesi bajet yang memerlukan perbahasan mereka menetapkan hanya MP senior sahaja boleh berbahas dan MP junior pula perlu tunggu giliran. Saya yang lebih dahulu menjadi Ahli Parlimen dianggap sebagai sangat junior. Saya hairan kenapa ini berlaku. Ramai juga MP lain tidak suka dengan apa yang berlaku kerana hampir semua mereka adalah muka baru. Cuma dua orang sahaja orang lama iaitu saya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya pernah bercakap dalam satu mesyuarat dengan Anwar kenapa timbul soal orang lama dan orang baru yang boleh berucap sedangkan hanya ada dua orang sahaja orang lama. Saya minta diberi penjelasan. Ketika itu semua napoleon kecil senyap.

Begitu juga dalam hal penggabungan dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM). Sebenarnya tidak wujud penggabungan dan mereka menipu semua orang dalam hal ini. Jika benar bergabung tentunya PRM sudah tidak ada lagi. Namun PRM masih wujud dan bukankah ini satu pembohongan?

Kenapa hanya kebelakangan ini suara YB semakin lantang?

WEE CHOO KEONG: Saya telah bersuara lantang dalam parti sejak awal lagi ketika mesyuarat bersama pemimpin tertinggi parti. Mereka akan sentiasa menyatakan akan melakukan sesuatu, jangan bimbang, janji hendak buat itu dan ini dan sebagainya. Begitu juga selepas saya balik dari Amerika Syarikat baru-baru ini mereka minta saya jangan keluar parti. Saya kata bukan nak keluar parti tetapi yang paling penting adalah membuat perubahan. Bagi saya tidak betul apabila salah seorang pemimpin atau wakil rakyat keluar kita terus serang peribadi.

Thursday, May 13, 2010

KDNK Negara tumbuh 10.1 peratus

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhAWZHER9EzQvWXB8QtASkJ4Y1P1Kx60dLWf_PRnWQpggutFpzMSMlEu3D-oiqe_mGkxQGpIt6ajF3DYx8FGGbThTpvQJNL-6QWZ7Z313LZr0CDvagyOJaKuYdzk6xsWgS58fDzAI6EP4k/s400/TwinTowers-Ringgit.jpg

PUTRAJAYA 13 Mei - Negara mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) 10.1 peratus bagi suku pertama tahun ini iaitu kadar tertinggi sejak suku pertama 2000 sebanyak 11.7 peratus.

Mengumumkan demikian, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kadar pertumbuhan itu adalah lebih baik berbanding suku tahun keempat 2009 iaitu 4.4 peratus.

Berikutan pertumbuhan memberangsangkan itu, beliau berkata, unjuran KDNK 2010 dikaji semula kepada enam peratus berbanding sasaran 4.5 peratus hingga 5.5 peratus yang dibuat Bank Negara sebelum ini.

''Kadar pertumbuhan memberangsangkan itu disokong oleh pengukuhan permintaan domestik serta sejajar dengan pemulihan ekonomi dunia.

''Dengan pencapaian pertumbuhan menggalakkan itu serta usaha transformasi kerajaan dan ekonomi, sasaran pertumbuhan KDNK sebanyak enam peratus bagi keseluruhan 2010 boleh dicapai," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, pertumbuhan yang positif juga dapat dilihat di kalangan negara serantau dan pesat membangun seperti China (11.9 peratus), Korea Selatan (7.8 peratus) dan Indonesia (5.7 peratus).

Menurut beliau, dari sudut penawaran, kesemua sektor utama ekonomi mencatat prestasi menggalakkan terutamanya sektor pembuatan yang berkembang pesat sebanyak 16.9 peratus.

''Pertumbuhan sektor itu disokong oleh subsektor elektrik dan elektronik (34.4 peratus), kelengkapan pengangkutan (25.3 peratus) serta barangan kayu dan perabot (18.7 peratus)," katanya.

Najib berkata, sektor perkhidmatan turut berkembang kukuh sebanyak 8.5 peratus disokong oleh sub sektor utiliti (16.6 peratus), hartanah dan perkhidmatan perniagaan (14.2 peratus), perdagangan borong dan runcit (9.6 peratus) serta pengangkutan dan penyimpanan (9.2. peratus).

''Sektor pembinaan terus berkembang kukuh pada kadar 8.7 peratus manakala sektor perlombongan kembali pulih pada kadar 2.1 peratus.

''Sektor pertanian pula berkembang 6.8 peratus disokong oleh peningkatan pengeluaran getah, ternakan dan kayu balak," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, dari sudut permintaan pula, pertumbuhan yang menggalakkan itu didorong oleh perbelanjaan dalam negeri yang kukuh khususnya melalui perkembangan penggunaan swasta (5.1 peratus) dan awam (6.3 peratus) yang terus mapan.

''Dalam tempoh ini, kegiatan pelaburan domestik juga cergas pada kadar 5.4 peratus, menggambarkan pemulihan keyakinan pelabur," katanya.

Selain itu, beliau memberitahu, prestasi sektor luaran amat menggalakkan dengan jumlah eksport meningkat ketara sebanyak 19.3 peratus berikutan pemulihan ekonomi dan perdagangan global.

''Jumlah import juga berkembang kukuh pada kadar 27.5 peratus pada kadar 27.5 peratus berikutan peningkatan import barangan perantaraan (37.9 peratus), penggunaan (18.5 peratus) dan modal (9.6 peratus).

''Peningkatan ini mencerminkan aktiviti ekonomi dalam negeri yang semakin rancak," katanya.

Ditanya mengenai pengurangan subsidi, beliau berkata, kerajaan komited dengan langkah itu dan akan melaksanakannya secara berperingkat.

Namun, kata Perdana Menteri, sebarang kajian semula terhadap kadar subsidi akan dipastikan tidak membebankan selain akan menjaga kepentingan golongan yang lemah.

Dalam hal ini, beliau menjelaskan, kerajaan akan memastikan pemulihan ekonomi yang kuat berada pada landasannya.

''Dan sebarang peningkatan simpanan akan digunakan bagi pelaburan yang produktif.

''Biasanya dengan kita mengurangkan kadar subsidi secara berperingkat, ia adalah dengan hasrat bagi menggunakan simpanan tambahan itu untuk pelaburan yang produktif dan ia akan menyumbang kepada pertumbuhan yang lebih tinggi," katanya.

Wednesday, May 12, 2010

Tuesday, May 11, 2010

SUPP: A vote for BN is a vote for Najib






Law Hieng Ding
Wednesday, 12 May 2010 11:16

OPINION IT's time again for the people of Sibu to make a decision – whether to vote for SUPP which is representing the Barisan Nasional or the opposition DAP.

robert-lau-hoi-chew
The late Robert Lau Hoi Chew ... a workaholic politician
The Bandar Sibu parliamentary constituency has been ably represented by Robert Lau Hoi Chew for the past five terms. Robert was a hard working politician who would go all out to ensure that the work that had to be done was carried out smoothly. This has been widely acknowledged by his friends and foes alike.

Robert had brought a lot of changes to Sibu during his time that made the constituency a pleasant place to live in. He was a sincere and responsible people's representative and his untimely demise has robbed Sibu of one of its true, trusted and reliable sons.

Now, SUPP has chosen Robert Lau Hui Yew as our standard bearer for the May 16 by-election. Robert Junior has also proven to be another hardworking and conscientious person as he discharged all his duties as a local councilor very well. Robert Junior deserves the support of the people of Sibu.

Sibu is also my home town. I understand the needs of the local populace. I am confident that Robert Junior who is also very much aware of what the locals want will be able to fulfill their wishes and aspirations more effectively as their Member of Parliament.

No need to blow trumpet

I was also a MP from 1982 to 2008 and also had the opportunity to serve in the Cabinet. I can assure the people that their needs would be better fulfilled and voices better heard from within the government via a BN lawmaker. Many of us, elected legislators in the government, would prefer to do our work quietly and get things done without the publicity and fanfare. There was no necessity for us to shout and blow our trumpet whenever we accomplished our tasks on behalf of the people we had pledged to serve.

law-hieng-dieng-najib-bnAt this juncture, it is worth taking note of Prime Minister Najib Abdul Razak's call for all leaders to show loyalty, integrity, ability and dedication to duty as core traits.

We must support Najib's call to put aside racial concerns and religious beliefs and unite as Malaysians to ensure the country's progress and prosperity.

This is a demonstration of rare leadership pedigree and the maturity by Najib to treat Umno's partners in the Barisan Nasional coalition and government as equals. We, in SUPP, are also assured by the PM's forthright direction and ambition to develop the nation in a manner whereby all Malaysians will have a stake.

On a personal note, I have been fortunate to be a Cabinet colleague of Najib for almost two decades until 2004. I am thankful for the many occasions where Najib had helped to resolve many sensitive issues that I had to handle as a politician.

To name a few, approval of a primary school in Bintulu, the issue of allowing underage children to start school earlier and to allow them to sit for the Standard Six Exam. Then, there was the long awaited approval to set up the United College of Sibu (UCS). Without the support of Najib, these issues would be beyond my capabilities to solve.

Power lies with the people

Najib has also performed very well since taking over as our prime minister. He deserves our accolades on his well received plans such as One Malaysia, Utamakan Rakyat approach, the assessment of the public delivery system, adoption of KPI for ministers etc. and to resolve our financial slowdown which has shown positive signs as reflected in our share market and other indicators.

Najib had also shown that he understood the importance of liberalisation within the country as borders came down among nations globally. We welcome his initiative to liberalise foreign investment initiatives by doing away with ethno-centric quotas, especially in the service sector.

Ultimately, leaders must be constantly mindful and humble to the fact that power lies with the people and leaders are judged by the results they produce. This is what Barisan Nasional leaders have been imbued with and the people of Sibu must back the PM on his many strong and relevant initiatives by voting for the Barisan Nasional candidate for Bandar Sibu on May 16.

LAW HIENG DING is SUPP deputy president and former Minister of Science, Technology and Environment.

Analisis: Pembangkang dendang lagu lama rayu pengundi

Analisis: Pembangkang dendang lagu lama rayu pengundi


http://sarawakupdate.com/news/wp-content/uploads/2010/04/sibu-parliament1.png

TIDAK seperti selalu, ceramah pembangkang yang dibarisi pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas sepanjang tiga hari pertama kempen pilihan raya kecil Parlimen Sibu, Sabtu lalu, dilihat lebih bersifat memujuk berbanding dipenuhi hamburan maki-hamun terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pemimpinnya.

Bagaimanapun, mereka tidak mampu lari daripada kelaziman – membuat tuduhan tanpa bukti kukuh semata-mata untuk menjerat pengundi agar mata pensil mereka melakarkan tanda pangkah pada simbol roket di kertas undi, Ahad ini.

Isu seperti kes pendakwaan liwatnya terhadap bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pembelian dua kapal selam Scorpene yang kononnya lebih bersifat rasuah dalam bentuk komisen, hukuman penjara ke atasnya sebelum ini dan pelbagai lagi isu lama, terus dicanang.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut mendendangkan lagu lama dengan dakwaan kononnya kekayaan sumber asli Sarawak seperti kayu balak dan petroleum lebih menguntungkan pihak tertentu di negeri ini, manakala rakyatnya tidak menikmati kekayaan itu.

Ringkasnya, sementara pemimpin dan jentera pilihan raya PKR dan Pas menumpukan kempen kepada masyarakat Melayu/Melanau dan Bumiputera di bandar, pinggir bandar dan pedalaman, pemimpin serta jentera DAP pula menumpukan kempen di pusat bandar yang majoriti pengundinya Cina.

Yang pasti, jentera kempen pilihan raya BN dan pembangkang terus berusaha bermati-matian siang malam bukan setakat mematahkan hujah isu dibawa lawan, malah yang lebih penting, meyakinkan pengundi mengenai kebenaran sesuatu isu itu.
Seorang pemimpin pembangkang dari Semenanjung yang sempat ditemui ketika sibuk berkempen, mengakui bukan mudah menawan hati pengundi Cina di kawasan Parlimen Sibu.

Berbeza dengan masyarakat Cina pelbagai subetnik di Semenanjung, khususnya di Hulu Selangor yang majoritinya belum mahu kembali menyokong BN, masyarakat Cina di Sibu adalah etnik Foochow yang dilihat mempunyai kesatuan dalam aspek pemikiran dan tindakan.

"Mereka lebih mementingkan perniagaan. Mereka tidak mahu perniagaan terjejas," katanya.

Beberapa pemimpin BN tempatan, Sabah dan Semenanjung memberitahu, pembangkang akan terus melancarkan pelbagai perang saraf dengan mendakwa kononnya masyarakat Bumiputera dan bukan Bumiputera semakin berpihak kepada mereka.

"Setiap kali mereka menuduh, kami akan mematahkannya. Mereka menuduh kami asyik bercakap mengenai politik pembangunan. Sebagai kerajaan, memanglah aspek pembangunan yang menjadi keutamaan. Takkanlah kami hendak bercakap macam mereka yang asyik menghentam orang lain dan menipu rakyat?" kata pemimpin itu.

Sehubungan itu, tempoh berkempen hingga jam 12 tengah malam Sabtu ini harus digunakan jentera kempen pilihan raya BN bukan setakat untuk memastikan masalah pengundi di kubu kuat BN dipastikan diambil tindakan sewajarnya, malah menarik pengundi yang dalam kategori kelabu untuk memberi keyakinan kepada calon BN, Robert Lau Hui Yew.

Kemampuan calon DAP, Wong Ho Leng meraih 15,903 undi kerusi Parlimen Sibu pada pilihan raya umum Mac 2008 tidak harus dipandang mudah. Jumlah 19,138 undi diperoleh bekas Ahli Parlimen Sibu, mendiang Robert Lau Hoi Chew yang melayakkannya menang dengan majoriti 3,235 harus dipastikan oleh jentera BN bukan setakat dikekalkan, malah ditingkatkan.

Jentera BN juga harus memastikan 812 undi yang diperoleh bekas calon PKR, Lim Ken Chuen dan 334 undi rosak pada pilihan raya berkenaan tidak beralih kepada Wong, Ahad ini.

Faktor Najib penentu kejayaan BN

http://www.kkboss.com/wp-content/uploads/najib-razak.jpg

SEJAK Datuk Seri Najib Tun Razak memimpin negara, satu evolusi perubahan dalam pelbagai sektor dan agensi seolah-olah telah melalui perubahan. Baru setahun mentadbir, kepimpinan beliau telah menjadi rujukan dan terma yang dikaitkan dengan masa depan negara.

Tidak ada tempoh bulan madu untuk Najib sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada April 2009 memandangkan kekangan persekitaran politik masa kini yang memerlukannya menangani isu kepimpinan, kegawatan ekonomi dan perpaduan yang ketara terhakis selepas Pilihan Raya Umum (PRU) pada Mac 2008.

Hari ini, ramai yang bercakap dan membuat analisis tentang gaya kepimpinan beliau yang bersifat 'transactional leadership'. Faktor Najib dikatakan menjadi penentu kejayaan Barisan Nasional (BN). Ini ketara dapat dilihat pada pilihan raya kecil Bagan Pinang dan Hulu Selangor, sekali gus menjadi panduan dan pengukur di Sibu pada 16 Mei ini.

Beliau memberikan rakyat satu nilai 'kepimpinan' yang bersedia diuji di gelanggang hubungan pemimpin dan pengikut. Najib menampakkan keikhlasan untuk memperbaharui platform parti dan kerajaan, menunjukkan kesediaan mengambil risiko, mudah didekati menerusi kepelbagaian pendekatan termasuk laman sosial Facebook dan blog, serta yang paling utama adalah kesediaan untuk menerima maklum balas daripada masyarakat umum.

Beliau telah menggariskan beberapa agenda yang boleh dianggap sebagai grand master plan' untuk membiarkan masyarakat menilai dan menghalusinya kelak pada akhir penggal PRU Ke-12. Kejujuran Najib beralaskan kepada keinginan untuk membiarkan rakyat menilai pencapaian kerajaan kepimpinan beliau melalui perincian gagasan pentadbirannya yang berpaksikan kepada 'rakyat'.

Kesemua perincian grand master plan Najib merangkumi gagasan 1Malaysia, KPI, NKRA, PTK, MEB dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Transformasi yang ingin dibawa oleh Najib bersandarkan kepada sejauh mana rakyat sendiri responsif terhadap gagasan besar beliau supaya keyakinan dan kepercayaan dapat dibina semula untuk kekal relevan menjelang PRU Ke-13, kira-kira dua tahun dari sekarang.

Fasa pertama selepas satu tahun mentadbir negara menunjukkan populariti Najib melonjak dan prestasi itu perlu dikekalkan untuk membolehkan sokongan diterjemah dalam bentuk undi. Mood rakyat perlu dicipta seolah-olah satu undi untuk BN adalah satu undi untuk Najib. Fasa pertama pentadbirannya masih di tahap melahirkan kesedaran ke atas gagasan besar beliau.

Kini, dalam melangkah ke fasa kedua, Najib perlu menjana kefahaman rakyat menerusi pelaksanaan secara total kerana yang akan dinilai selepas ini bukan lagi sama ada masyarakat sedar dan tahu kewujudan gagasan besar beliau, tetapi mereka akan mula mempertimbang perancangan dalam bentuk pelaksanaan. Pada tahap ketiga, keyakinan akan dinilai melalui pencapaian akhir daripada pelaksanaan kesemua dasar, aktiviti, program, pengubahsuaian dan penambahbaikan daripada kejayaan mendekati kumpulan sasar yang berbeza.

Justeru, dalam fasa kedua pentadbiran beliau ini, Najib memerlukan satu pasukan yang mantap. Pasukan ini bukan sahaja tahu dan faham kesemua gagasan agenda beliau tetapi lebih daripada itu, bersedia menjadi 'jurucakap' dan menggarap nilai sebenar di sebalik kesemua gagasannya. Mereka boleh menjadi 'penggempur' dan bukan 'musuh dalam selimut' yang bersifat defensif tetapi menunjukkan kesetiaan kepada kepimpinan dan parti yang sudah melalui revolusi untuk perubahan tingkah laku mempertahankan dan agresif bagi menghentikan desas-desus wujudnya kumpulan yang masih keliru dan tidak faham dengan agenda Najib.

Walaupun faktor Najib menjadi penentu BN, pasukan yang cekap dan efektif perlu sebagai tulang belakang kepimpinan beliau. Rombakan Kabinet yang akan dilakukan perlu mengambil kira kepentingan ini untuk memudahkan tata kerja beliau.

Hari ini, rakyat bukan lagi dahagakan pembangunan ataupun bersedia untuk menunjukkan kesetiaan tidak berbelah bahagi atau mahu menunjukkan rasa terima kasih kepada parti dan pemimpin.

Pola pengundian dalam kalangan pengundi hari ini banyak berpusatkan kepada dua elemen iaitu 'hak' dan 'tanggungjawab'. Mereka mahu pemimpin yang menunjukkan nilai kepimpinan dengan mempertahankan hak mereka sebagai warga selaras dengan kedudukan dalam Perlembagaan dan pada waktu yang sama, bertanggungjawab demi kepentingan kebajikan masyarakat.

Rakyat mahu nilai sekuriti diberi kepentingan, nilai keselamatan yang merentasi politik, ekonomi dan sosial. Jika pemimpin yang sebati dengan karakter ini diberi peluang, nescaya Najib tidak dilihat keseorangan. Menggembleng tenaga seperti ini boleh mempercepatkan proses membina keyakinan rakyat.

Dalam liberalisasi Najib, ada keterbatasan. Dalam transformasi Najib, ada ikon atau personaliti yang boleh dicontohi. Pentadbiran efektif bercirikan pentadbiran kelas satu di sebuah negara kelas pertama mampu mengubah semula landskap politik tanah air. Ia didokong oleh pentadbiran awam yang bersama dengan kerajaan sedia ada untuk memobilisasi perubahan secara menyeluruh. Pembuat dan yang merangka dasar perlu mengambil kira kepentingan kumpulan sasar. Transformasi yang mahu dibawa perlu difahami oleh staf atau pegawai yang akan berhubung secara langsung dengan kumpulan sasar dan yang penting, kumpulan sasar mesti bersetuju dengan agenda transformasi tersebut jika kejayaan mahu dilihat pada akhir tempoh pelaksanaannya. Ia akan serasi dengan agenda pengurusan politik Najib yang mendengar maklum balas umum dan mengambil beberapa langkah jangka masa pendek dan panjang.

Walkabout yang dilakukan oleh Najib boleh dilakukan bukan sahaja pemimpin tetapi juga agensi yang terlibat agar one stop centre boleh dibuka di merata tempat terutama di luar bandar untuk menyelesaikan segera masalah lokal agar tidak menunggu sehingga pilihan raya, baru masalah mahu diselesaikan.

Keramahan pemimpin, pelaksana dasar dan pembuat dasar penting untuk memastikan era kepimpinan Najib terus cemerlang. Mereka yang angkuh sudah ditolak dan ini merupakan pengajaran daripada PRU 2008.

Maklum balas secara berterusan mengenai prestasi Yang Berhormat oleh badan bebas boleh membantu bukan sahaja wakil rakyat tersebut tetapi juga untuk mempertingkatkan perkhidmatan mereka.

Faktor Najib telah mendominasi kancah politik tanah air kebelakangan ini. Momentum sokongan ini penting bukan sahaja untuk memberi motivasi dan sokongan tetapi sejauh mana ia dapat dikekalkan sehingga ke PRU 13 bergantung bukan sahaja kepada Najib tetapi keseluruhan jentera parti dan kerajaan.

Survival BN banyak dipelopori oleh faktor ini dan jika dimobilisasi sepenuhnya, ia mampu meyakinkan rakyat bahawa BN sudah berubah. Dilemanya, apakah BN sudah berubah dan bersedia melakukan perubahan dari semasa ke semasa seiring dengan suntikan faktor Najib?

Faktor Najib telah mengembalikan sokongan penyokong tradisi yang telah melakukan undi protes dalam pilihan raya lalu dan menjadi faktor 'pengantara' untuk pengundi atas pagar dan generasi muda tetapi kesemuanya bergantung kepada motivasi keupayaan secara berterusan untuk membuktikan bahawa ia sudah berubah dengan kecemerlangan kad laporan 1Malaysia, KPI, NKRA, PTK, MEB dan RMK-10.

Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian ialah Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia

61 ahli Pas Bahagian Alor Setar keluar parti, sertai UMNO

http://www.anwaribrahim.info/wp-content/uploads/2008/11/parti-islam-se-malaysia.jpg

ALOR SETAR 11 Mei – Sebanyak 61 ahli Pas dalam Bahagian Alor Setar bertindak keluar daripada parti itu dan memohon menyertai UMNO selepas hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri yang diterajui Pas.

Kumpulan itu yang diketuai Timbalan Ketua Pas Cawangan Akar Penyengat, Abu Bakar Hussain, 62, menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah,Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah pada satu majlis di Taman Wira,Mergong dekat sini malam tadi.


Abu Bakar berkata, mereka bertindak demikian selepas mendapati sejak dua tahun pemerintahan pakatan pembangkang di negeri itu, Pas gagal menunaikan janji dan tidak turun padang membela rakyat.

Sementara itu, Ahmad Bashah berkata, tindakan ahli-ahli Pas itu dinegeri ini hanya satu permulaan kerana beliau mendapat tahu lebih ramai lagi yang akan berbuat demikian tidak lama kerana berasa terpedaya dengan gelagat para pemimpin Pas. – Utusan

Nepotism at its best in DAP

Nepotism at its best in DAP

http://www.fahnenversand.de/fotw/images/m/my%7Ddap.gif

DAP’s Sibu parliamentary by-election manifesto or slogan – Sibu’s Agenda for Change – is indeed very interesting, especially when it is promoted by a never-changing coalition of a family dynasty.

Change we must, and we all support change in almost every aspect of our life, except that we can’t change our parents.

As a nation, we have definitely changed, or transformed from what we were 50 years ago. No right thinking Malaysian, even if he or she is from Ulu Kapit, can deny this fact.

Change as we experience in this country is a process of evolution, not revolution. We must change for the nation but not change solely to satisfy the lusts of any particular individual or a family-owned party.

We are constantly changing and even the blind man could tell you that we have changed for the better, of course with some hiccups here and there.

Nothing could satisfy everyone in a country as diverse as Malaysia, especially in a land like Sarawak where there are almost 30 different ethnic groups.

Such is the fabric of our rich society that we will continue to have complaints, grievances, demands etc from almost every strata of the society.

But, are we a failed nation? Think!

Coming back to DAP and its clarion call for the people in Sibu to change.

“If there is anything that we wish to change in the child, we should first examine it and see whether it is not something that could better be changed in ourselves” – Carl Jung

The above quote applies perfectly to DAP, in particular its national and Sarawak leaders, in relation to their latest war-cry in Sibu.

Before you ask others to change are you not duty-bound to change first?

DAP as a political party hasn’t changed for more than five decades (that is 50 years). This, my fellow rakyat of Sarawak, is an undeniable FACT.

Since its official formation in 1966 (plus a few more years before that), DAP is Lim Kit Siang and Lim Kit Siang is DAP.

DAP is and has been a One-Man dictatorship, with the full support of the Lim Dynasty.

DAP’s structure of leadership has not experienced any true sense of changed since its inception in 1966.

The party supremo is still Lim Kit Siang and his crown prince Lim Guan Eng. (though their title/position was changed a couple of times to lull the people)

Almost all the political parties have changed their leaders and office bearers (except maybe for the MIC) in the last few decades but what about those who are shouting and crying out for change like DAP?

Throughout his political life, Lim Kit Siang has been calling on BN leaders to quit because ‘you have been too long”, ‘give others a chance’, ‘you are getting old’ etc, but what about him?

Where is the change that you are shouting about Mr.Lim Kit Siang?

NEPOTISM of the highest order is so glaring in the DAP that even the socialist party’s supporters are beginning to liken it to a private limited company. – family-owned DAP Sdn.Bhd.

You can’t blame the critics as nepotism in DAP has become an in-built culture.

When Lim Kit Siang reluctantly moved on from the powerful secretary-general’s post to be the party Chairman, he preserved the coveted secretary-general’s post for Lim Guan Eng.

Malacca’s Kerk Kim Hock was made to warm the secretary-general’s post until Guan Eng sorted out his legal/personal problems. Once Guan Eng was ready, Kim Hock was unceremoniously removed and sent to the political wilderness. He has since retired from politics.

Circa 2003 Guan Eng and his wife Betty (Malacca state assembly-woman for Durian Daun then) was thrown out by DAP members in Malacca in the state party elections.

Kerk and his team saw the growth of the Lim Dynasty in DAP but not only that they couldn’t contain it, they also ended up being the victim.

DAP’s CHONG DYNASTY in Sarawak is an exact replica of the LIM DYNASTY in Semenanjung. The senior Chong, junior Chong, his mother, uncle, aunty, brother’s girlfriend and mother-in-law are all actively building their own branch and division. – THIS IS A FACT IN DAP SARAWAK.

If the above facts are not NEPOTISM of the highest order, I don’t know what nepotism is then.

Throughout the LIM Dynasty’s reign of power in DAP no less than 150 young capable leaders were unceremoniously removed, sidelined or sacked from the party as they were seen as a threat to the Lim Dynasty.

DAP’s former Bukit Bintang Member of Parliament Wee Choo Keong, a once young and upcoming DAP grassroots leader, for instance was sacked from the party for being a threat to Lim Guan Eng’s rise in the party.

“Wee Choo Keong was sacked for ‘not showing affection’ to the DAP leadership of Lim Kit Siang. While he was entangled in a legal battle over the infamous MBF irregularities issue and risked his position as MP, Kit Siang took the opportunity to deal the death blow.

“During the same time, Lim Guan Eng was entangled in another legal battle with Rahim Thamby Chik and Lim Kit Siang unleashed the entire might of the DAP to defend and protect his crown prince”.

“I was hoodwinked for a good twenty years while in DAP but I realized one day that DAP was not interested in serving the people.

“Their only ambition was to ‘rule Penang” and since they have achieved it I doubt there is any other genuine ambition rather than ‘to share the loot’ in Penang. I hope the people of Sarawak are not easily fooled by DAP,” a former DAP leader from Kuching opined.

In 2004, DAP was almost totally wiped out from the face of earth because people saw the Lim Dynasty as a threat.

However in 2008, due entirely to the ‘total failure of Abdullah Ahmad Badawi as Prime Minister’ DAP got the much desired opportunity by default.

REMEMBER that in 2008 a large number of Malaysians voted against Barisan Nasional and NOT for DAP, PKR or PAS.

The BN leadership then and the 1Malaysia leadership under Prime Minister Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak are poles apart in any given area.

There is no logical reason for the people to vote against the Barisan Nasional now, in 2010.

We Malaysians must START THINKING rationally and choose what is good for us and our children, and NOT BE FOOLED by those who just stoke emotions to remain relevant.

GOOD LUCK SIBU!

The DAP family trees

LIM KIT SIANG

- DAP Advisor

- DAP Parliamentary Leader

- DAP Member of Parliament for Ipoh Timor

LIM GUAN ENG

- Lim Kit Siang’s son

- Betty (former Durian Daun Adun)’s husband

- Secretary general of DAP

- Penang Chief Minister

- Member of Parliament for Bagan

- State Assemblyman for Air Puteh

KARPAL SINGH

- DAP Chairman

- Member of Parliament Bukit Gelugor

GOBIND SINGH DEO

- Karpal Singh’s son

- Member of Parliament for Puchong

- DAP national central committee member

- DAP youth committee member

JAGDEEP SINGH DEO

- Karpal Singh’s son

- Gobind Singh’s brother

- State Assemblyman for Dato Keramat.

CHONG SIEW CHIANG

- SARAWAK DAP vice Chairman

- Chong Dynasty leader

CHONG CHIEN JENG

- Chong Siew Chiang’s son

- DAP national vice chairman

- Sarawak DAP secretary general

- Member of Parliament for Bandar Kuching

Are the above facts not concrete proof of NEPOTISM in DAP?


By Freddy Kulleh(SARAWAK UPDATE)